My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Saturday, August 21, 2010

My Confession : Aku dan Conan memang ada affair....

Emmm....macam mane ye aku nak citer. Susah aku nak berterus-terang sebab sume ni melibatkan skandal yang besar. Yelah...aku takut Conan Edogawa @ Shinichi Kudo marah pulak. Pastu mesti Profesor Agasa sakit jantung sebab dah lama dia terlibat dengan aku menyimpan rahsia ni. Bagaimana dengan Ran Mouri...makwe Conan @ Shinichi? Takpun aku kene pikir jugak kebarangkalian ayah Ran iaitu Kogoro Mouri dah taknak jaga Conan dah. Aku juga kene pikir tentang kawan2 Conan iaitu...Haibara, Ayumi, Mitsuhiko dan Genta, mesti depa kecik hati kalu terbaca apa yang aku tulis ni.
Bagaimana dengan ayah Conan....si Kofuji Yuzo tu...pulak. Hai...susahnya nak jaga hati orang.

Macam ni la...sebenarnya akulah kabo la....aku sebenarnya memang ada affair dengan Conan. Aku adalah kakak Conan. Nama sebenar aku Jumir Yuzo Junid. Conan taknak dedahkan tentang kisah aku di dunia komik sebab aku sebenarnya lebih terror dari Conan. Sebagai penyiasat, aku juga dikenali sebagai Jumir Edogawa. Aoyama Gosho penulis komik ni...tak sanggup nak buat citer tentang aku sebab nanti laku sangat komik dia. Tak menang tangan nanti dia...nak kejar dateline.

Atas sebab itu....aku buat low profile je. Tapi aku baik...aku sentiasa ikuti kisah Conan walaupun Conan tak ambik tahu tentang aku. Takpe....air dicincang takkan putus. Ini adalah antara koleksi Komik Conan yang aku ada. Aku juga takkan lupe nengok citer dia kat TV3 dan Astro Ceria.

Kini biarlah satu dunia tahu. Lagipun....half of the truth is often a whole lie. So...Conan, moga ko makin berjaya...macam aku. La ni...CSI Miami dah panggil aku untuk ganti CSI Eric Delco. Nengoklah....kalu aku rajin....aku pun banyak kije nak buat. Nak mintak cuti dengan boss aku sekarang ni pun belum tentu dapat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK