Semalam aku melalui 7 jam perjalanan dengan kereta ke Kota Bharu, Kelantan. Peh...penat dan sakit2 badan dibuatnya. Anyway thanks 2 Faizul....driver yang cekap dalam mencilok dan mencari short cut.
Tu la....patutnya aku naik flight je. Tapi takpe.....good experience dan membuatkan aku dapat berfikir dengan waras sepanjang perjalanan tu.
Bertolak kul 11 am dari umah aku....berhenti kat Gua Musang untuk solat dan kemudiannya tibe kat hotel Grand Riverview, Kota Bharu dalam kul 6 pm gitu.
Pastu kami pi berbuka puasa kat hotel ni. Citer pasal makan ni...buat aku rasa excited. Tapi....korang nengok je la....gambo2 ni.
Sebenarnya banyak menu yang ada sampai aku, Izan dan Ms Ng tak larat nak makan. Sori...la beb...gamba 4 keping jer. Tak sempat ambik sume gamba makanan yang ada sebab menyibukkan diri dengan upacara makan. Sebagai memuaskan hati sume pihak aku tunjuk gamba tempat taruk makanan ni je...boleh?
Menginap kat hotel ni....RM 168 seorang (plus sahur/breakfast n berbuka). Oleh kerana aku dok sebilik dengan Izan....bayaran kami RM 235 bagi 2 orang (plus sahur/breakfast n berbuka). Kalu ikutkan....Buffet Ramadhan kat sini RM 52.00 seorang, sahur pula RM 18.00 seorang. Kira OK la bagi aku.
No comments:
Post a Comment