My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Sunday, July 25, 2010

Sarapan RM1.00 di Restoran Ukhwah

Pernah bersarapan di Restoran Ukhwah, Jalan TAR, KL? Bagi sesape yang familiar dengan area Hotel Prescott, Jalan TAR....korang akan perasan yang restoran ni terletak di sebelah Hotel Prescott sahaja. Kalau tak tahu di mana Hotel Prescott, senang saje.....ia berada di belakang Pejabat Pos, Jalan TAR. Manakala Pejabat Pos, Jalan TAR berada di seberang jalan Maju Junction Mall.

Kadang-kadang....aku dan Ani bersarapan bersama di sini. Apa yang menarik adalah....sekeping roti canai + segelas teh tarik = RM1.00 sahaja.
Macam pagi tadi...aku makan roti sardin dan air teh tarik.....Ani pulak ambik mee+kue tiaw goreng dan teh o ais limau......bayarannya cuma RM5.20. Ani bayar RM6 dan tak ambik baki duit. Selalunya kami memang tak ambil baki sebab Koperasi Ukhwah yang memiliki restoran ni banyak involve dengan kerja-kerja amal. Kami anggap itu sebagai sedekah sahaja bagi membantu kerja-kerja amal mereka. Lagipun berapa la sangat sedekah kami tu.

Makanannya pun sedap dan pelbagai. Paling best adalah teh tariknya. Kat sini...layan diri. Korang boleh isi teh tarik sepenuh mana yang korang nak. Begitu juga dengan kari roti canai. Bagi aku yang gemar makan kari kaki ayam....aku akan ambik 2 ketul kaki.

Jika tengahari Jumaat....sesape yang makan tengahari di situ....boleh bayar ikut suka sahaja. Agak2 nak bersedekah.....bayar lebih.

Kalau kita lihat di bangunan hadapan dan di tepi bangunan restoran...kita boleh lihat pelbagai rantaian kedai dan service yang disediakan oleh Koperasi Ukhwah. Ada klinik dan pemeriksaan kesihatan percuma, ada surau dan macam-macam lagi.

Kepada korang yang nak try makan kat restoran ni...pi la ke situ. Kalau nak parking.....parking banyak kat belakang...area yang berhadapan dengan Maybank. Agak2 berani dan kalis saman....korang parking je kat tepi2 jalan tu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK