Bila citer bab makan....susah aku nak stop. Tetibe teringat satu tempat makan kat Kuantan, Pahang. Pada 6-7 Jun lalu......aku ke Kuantan untuk menghadiri satu meeting.
Alkisah...malam 7hb tu, sorang member...Liza bawa aku dan Ani ke sebuah restoran berhadapan Hotel Grand Continental, Kuantan. Restoran ni agak baru dan agak terkenal di Kuantan.
Namanya...Sara Thai kalau tak silap.
Suasana restoran memang selesa. Menu makanan semua dalam bahasa Thai tapi bagi yang tak faham.....boleh agak la...apa yang dimaksudkan. Malam tu...aku order ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, sayur kailan ikan masin dan sotong tepung. Air pulak...tak berapa ingat. Tapi yang pasti, masakan di restoran tu memang sedap. Bayarannya pun tak mahal sangat sebab aku bayar kurang dari RM50.00 sahaja. Aku ingat....lain kali, aku akan ke situ lagi.
Selalunya....jika tempat makan tu sedap, aku akan simpan nombor telefon untuk tempahan di masa-masa hadapan, tapi kali ni...aku lupa nak mintak. Takpelah, lain kali aku akan datang lagi.
No comments:
Post a Comment