My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Sunday, September 27, 2009

Tudung

Aku tertarik dengan sebuah article di column agama Berita Minggu hari ini. Korang maybe jarang-jarang membaca column ini. Yelah.....selalunya, ramai orang lebih suka baca berita sukan. Ada juga yang terus capai column hiburan....bila membaca akhbar. Walaupun....aku pun sama macam korang tapi aku takkan lupa untuk membaca rencana-rencana yang lain.....terutama column agama ini. Article yang aku baca tu....korang boleh access di sini :
Tajuknya : Ulul Albab: Usul cukai tudung persis debat Nabi Ibrahim, Namrud
Antara petikan article tersebut adalah seperti berikut :
Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders mengusulkan wanita bertudung di Belanda dikenakan cukai 1000 euro (RM5,100) setahun! Alasannya kerana tudung bukan budaya Belanda dan simbol penindasan serta merosak pemandangan bermasyarakat.
Mujurlah di Belanda masih ada ahli Parlimen yang bertimbang rasa. Ketua Fraksi Parti Sosialis (SP), Agnes Kant, sebaliknya mengusulkan agar dikenakan cukai bagi bahan waterstofperoxide atau hidrogen peroksida (H2O2) yakni campuran kimia yang dipakai Wilders untuk mewarnakan rambut hitamnya menjadi perang kerana Wilders sendiri berketurunan Yahudi pada sebelah ibunya yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia ketika penjajahan Belanda. Oleh itu, rambut asalnya ialah hitam.
Kant menambah bagaimana dengan keppeltje atau kopiah penganut Yahudi, apakah pemakainya akan dikenakan cukai juga? Wilders agak tersentak, lalu menjawab keppeltje tidak termasuk dalam cadangannya. Kant bertanya lagi, bagaimana dengan penganut Kristian dan Katolik di kota kecil dan desa yang masih ramai mengenakan tudung?

Wilders nampak tidak siap dan kurang penyelidikan dengan fakta ini, bahawa masih ramai penganut Kristian dan Katolik di Belanda yang bertudung. Selepas berfikir seketika, Wilders menjawab yang dia hanya merujuk khusus untuk penganut Islam. Mendengar jawapan ini ruang sidang Parlimen Belanda riuh rendah. Bagaimana undang-undang akan diluluskan jika hanya membabitkan sebahagian warga negara, manakala warga lain terkecuali?
Sementara Femke Halsema dari Groenlinks juga menanyakan bagaimana peraturan seperti itu boleh diamalkan? Bagaimana Wilders atau penguatkuasa undang-undang dapat membezakan pemakai tudung ialah umat Islam, Kristian atau Katolik? Apakah mesti diwajibkan polis khusus untuk memeriksa mereka yang bertudung dan menyoal siasat apakah mereka penganut Islam, Kristian atau Katolik? Wilders tak dapat memberikan jawapan konkrit kecuali mengatakan peraturan itu akan menakutkan perempuan Islam.
Komen aku :
Aku rase.....kalau la mamat (Wilders) ni ada kat depan muka aku la ni. Aku tampo je muka dia. Aku juga akan belasah dia sampai lembik. Kiranya aku ni manusia berhemah lagi....sebab aku tak memasang niat untuk membunuhnya. Kita orang Islam. Kita tahu batas kita. Si Yahudi macam dia ni....tak habis-habis nak menindas orang-orang Islam.
Ada ke patut dia kate bertudung tu simbol penindasan dan merosakkan pemandangan masyarakat. Tiada sesiapa yang tertindas sekiranya bertudung. Tak rosaknya mata Wilders tu kalau ada perempuan bertudung lalu di hadapannya. Maybe matanya yang perlu dicungkil keluar kot! Bagi aku...bile kita melihat sesuatu.....kite bukan setakat melihat dengan mata tetapi kita melihat dengan mata hati (mata dan hati). Jika dihati kita ni penuh dengan hasad dan dengki....setiap pandangan yang elok....akan kelihatan buruk.
Dulu....aku ni free hair.....pastu kejap pakai tudung, kejap cabut tudung. Macam biskut chipsmore. Bila berusia 23 tahun....barulah aku pakai tudung tanpa mencabutnya lagi. Dulu masa free hair....ada yang marah aku berpenampilan begitu. Adik-beradik aku bising. Kawan2 pun ada yang bising. Ada gak yang bagi mesej-mesej paksaan kepada aku. Masa tu....semakin dipaksa, semakin aku taknak ikut. Maklumlah...darah muda. Masa tu juga aku percaya masanya akan sampai juga. Aku akan pakai tudung bila masa tu tiba dan aku minta mereka...jangan paksa aku.
Alhamdulillah.....di satu hari yang tenang...pada tahun 2001. Tiba-tiba....aku rasa nak pakai tudung dan aku berasa gembira dengan diri aku sendiri. Tiada paksaan....apatah lagi penindasan, semuanya datang dari diri aku sendiri. Aku bertudung bukan kerana kata-kata orang lain. Mungkin itu satu hidayah dariNya.
Bila Siti Nurhaliza mula nak bertudung dan walaupun nampak macam separuh je.....aku tak komen banyak macam sesetengah orang tu. Aku juga taknak komen banyak tentang isteri pemimpin negara yang tak pakai tudung dan yang pakai tudung nampak jambul je. Biarlah depa. Aku percaya....hidayah yang diterima aku, akan diterima oleh orang lain jua. Cuma aku lebih beruntung....aku tersedar di usia 23 tahun. Siapa la...kita nak dok sibuk judge orang lain. Hebat sangatkah kita ni?
Bertudung tak bermakna kita ni baik dan lebih beriman daripada orang lain. Keimanan kita tidak diukur berdasarkan saiz, warna dan jenis tudung yang kita pakai. Keislaman kita pun tak berdasarkan parti apa yang kita sokong. Apatah lagi tudung. Aku selalu memerhatikan gelagat manusia di tempat awam. Macam-macam gelagat. Aku perhatikan...ramai yang bertudung. Ada yang bertudung dan menjaga aurat tubuh mereka yang lain. Ada juga yang bertudung tapi tak menjaga aurat mereka di bahagian yang lain. Ada gak yang tak pakai tudung tapi berkelakuan lebih sopan daripada yang pakai tudung. Emm...siapalah aku nak judge mereka, betul tak?
Semoga semua orang mendapat hidayah dariNya. Bila memandang.....pandanglah dengan mata hati dan bersihkanlah hati kita dari segala hasad dan dengki.
Renung-renungkan.....dan selamat beramal.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK