Hari ini aku sengaja memulakan semangat kibarkan bendera Malaysia sempena kemerdekaan kita yang ke 52. Aku beli bendera dan minta staff aku gantungkan di pejabat. Tiba-tiba...semua orang macam naik semangat....depa pun nak hias pejabat dengan bendera jugak. Bos yang jaga admin pun memulakan cadangan agar setiap seksyen menghias ruang pejabat dengan bendera Malaysia. Seronok aku tengok...keadaan tu.
Sejak awal bulan Ogos...aku lihat, warga ibukota macam kurang semangat je nak menyambut hari kemerdekaan. Mungkin semangat mereka hilang kerana gara-gara H1N1. Atau ramai yang dah berada di mood puasa...kot. Takpun kerana keadaan ekonomi yang masih agak tidak memberansangkan. Ekonomi aku...OK je. Setakat beli bendera tu...bagi aku...apa la sangat. Aku tengok depa ni...beli benda2 yang bukan2 tu...boleh je, tapi beli bendera...taknak. Rata-rata orang hanya mengharapkan bendera free.
Bendera tahun lepas pun boleh guna....apa? Ada gak bendera tahun lepas yang aku recycle....tapi dengan gaya hiasan yang berbeza. Aku ni patriotik sikit. Aku bangga dengan Malaysia...dan aku menghargai kemerdekaan negara. Setiap kali aku menonton filem Bukit Kepong....aku akan menitiskan air mata.....masa tu, semangat cintakan negara sangat berkobar-kobar di hati aku.
Aku anak Malaysia yang lahir selepas merdeka. Tapi hampir separuh hidup aku ini....dihiasi dengan cerita-cerita orang2 lama tentang keadaan sebelum merdeka. Betapa susahnya hidup mereka ketika itu...dan betapa besarnya pengorbanan pejuang dan pemimpin negara pada ketika itu.
Di sini...aku ingin ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Merdeka bukan setakat tengok konsert menjelang kemerdekaan pada malam 31 Ogos ataupun pi tengok perbarisan di pagi 31 Ogos. Semangat merdeka perlu ada dalam jiwa kita....! Kita perlu fahami erti kemerdekaan dan menghargai pengorbanan orang-orang lama.
Sekian. Salam 1 Malaysia dari aku untuk korang semua.
No comments:
Post a Comment