Di sini aku ciptakan satu sajak buat mereka yang selalu terlupa akan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin...
Tidakkah kau terasa?
Tidakkah kau mendengar?
Butakah matamu wahai saudaraku?
Butakah hatimu atau sengaja kau tulikan fikiranmu?
Lihatlah di sana!
Ada wajah yang mengharap
Ada hati yang sengsara di bumi sebelah sana
Mungkin mereka bukan anakmu
Mungkin mereka juga bukan ibumu
Tetapi mereka adalah saudaramu
keturunan kita yang lahir dari benih Adam dan Hawa
Setiap titis darah yang terkorban dimamah peluru hitam tentera zionis
perlu kita balas dengan satu azam
Cukuplah dengan satu azam...wahai saudaraku
Jangan disentuh!
Jangan disentuh barangan yang boleh menzahirkan agenda mereka!
Jangan biarkan zionis bermaharajalela
Aku tidak meminta kamu berperang!
Aku tidak meminta kamu mengangkat senjata
Aku cuma meminta kamu memegang azam itu
Aku merayu.....peganglah azam itu...
Tolonglah....aku merayu bagi rakyat Palestin yang teraniaya
Jangan disentuh barangan yang boleh menzahirkan agenda zionis!
Kita boikot! Kita boikot! Kita boikot!
Kekanglah segala nafsumu...
Kenangkanlah anak-anak Palestin yang menderita
Tidakkah kau kasihankan mereka?
Tidakkah kau terasa?
Wahai saudaraku...
Peganglah azam yang satu itu
Jangan sesekali kau lepaskan...jangan sesekali kau lupakan...
Untuk pengetahuan semua....sehingga ke hari ini sejak dari hari pertama aku memboikot barangan Israel....aku telah berjaya mengekang nafsuku. Ternyata...aku tidak mati setelah lama tak makan KFC, Pizza Hut, Mc Donald, Maggi....dan tak minum minum Coke, Sprite, Fanta.
Kulitku juga tidak menggelupas atau hodoh hanya kerna tidak memakai barangan L'Oreal dan Johnson & Johnson. Gigi aku juga tidak reput hanya kerana aku tidak memakai barangan Colgate.
Jadi..kenapa tidak mahu berjuang bersama aku? Tidakkah korang terasa? Tidakkah korang kesiankan rakyat Palestin?
No comments:
Post a Comment