My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Wednesday, April 14, 2010

Aku dan nasi

Dalam masa sebulan ni....aku tak lalu sangat makan nasi. Aku makan atas dasar aku perlu makan dan cuba untuk melupakan peristiwa bersejarah yang berlaku 24 Mac yang lalu.
Kisahnya begini....
Pada 22 Mac...aku beli 5 kilo beras Faiza Herba Ponni di Giant, Brem Mall, Kepong. Kononnya nak jaga kesihatan dengan memakan beras yang sebagus itu. Nak jadi kisah....aku pun memasak la....24hb tu. Maklumlah...malam menjelang birthday aku la katakan. Since aku dan housemate tak merancang ke mana-mana, aku ingat nak masak la lauk favourite aku......asam pedas ikan. Yang bestnya, aku masak asam pedas tu dulu. Sambil2 tu aku basuh la beras tu. Masa basuh beras....aku dapat merasa kelembutan beras tu. Si housemate aku pulak.....pi la transfer baki beras yang dalam kampit (plastik) tu ke dalam sebuah tupperware.


Semasa proses transfer, housemate aku pi la belek2 beras tu. Mungkin dia pun dapat rasakan kelembutan beras tu. Setelah beras yang aku masak dah nak bertukar jadi nasi, tiba2 je housemate aku menjerit. "Ada ulat dalam beras!". Aku kata...."Ala...biasa la, kalu ada bubuk dalam beras, boleh buang". Selepas dia tunjukkan aku rupa paras ulat tu...aku terus tutup api dapur. Mak ai....ulat dia macam ulat sampah.....warna putih, sebesar dan sepanjang saiz beras, berkepala hitam dan masih hidup. Masa tu housemate aku dah asingkan 5 ekor daripadanya ke dalam satu tupperware kecik.

Oleh kerana tak tahan geli tengok ulat tu....aku tutup tupperware dan ikat kampit beras. Pastu aku call Giant dan report apa yang berlaku. Depa kata aku boleh tukar beras tu balik dengan duit atau dengan beras lain. So, aku pilih duit.

Sejak itu...aku fobia dengan beras dan nasi. Dalam 4,5 hari gak aku ambil masa untuk makan balik nasi. Tapi bila makan, aku akan teringat kisah 24 Mac tu. Aku tak tau la...salah sape dalam hal ni....Giant ke atau Beras Faiza. Yang pasti.....la ni..umah aku beli beras yang jual sekilo-sekilo tanpa cap apa-apa yang dijual kedai kat depan umah. Itupun bila masak....aku akan belek beras tu betul2...kot2 la kan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK