My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Monday, February 1, 2010

RM 2.00 Car wash

Sabtu lepas, on the way pi Jengka, aku singgah jap kat bandar Temerloh. Saje....jalan2. Tak jauh selepas Cowboy Temerloh, selepas satu traffic light........aku tetibe tertarik dengan satu tempat car wash ni.


Macam tak percaya pulak bile tengok bayaran yang dikenakan hanya RM 2. So, aku pun try la.

Step pertama : beratur.

Walaupun, barisannya agak panjang, tapi aku tetap sabo menanti. Lagipun tak lama la menunggu turn aku tu sampe. Sekejap je...dalam 10 minit gitu.

Ni gambaran kereta yang beratur kat belakang aku. Ada lagi kereta kat belakang tu....panjang Q dari pintu masuk lagi.

Step kedua : Kereta akan dibasuh menggunakan automatic high pressure water sprinkler. Kat situ jugak ada 2 orang yang akan stanby untuk manual sprinkler dan basuh tayar.

Step Ketiga : Ada 2 orang mamat yang akan spray buih pencuci (snow) kat kereta customer.



Step Keempat : Masuk dalam mesin basuh kereta (namanya aku tak pasti). Masa ni, sume kereta kena buat free gear dan tak boleh tekan brek. Kereta akan bergerak sendiri di atas rolling floor. Masa ni....aku nervous gak.....sebab tak penah buat. Kat sini ada 2 orang mamat lain yang akan standby kalu jadi apa2.


Mase aku tengok kete depan tu masuk mesin tu.....tetibe je aku teringatkan cerita Batu Belah, Batu Bertangkup. Dan tetibe je....aku nervous.

Step Kelima : 2 orang mamat akan lap kereta dan menerima bayaran RM 2. Oleh kerana agak teruja dengan proses basuhan tu, housemate aku bayar RM 3 ( plus RM 1 sebagai tips tanda puas hati). Basuhannya boleh tahan....bersih.


Sesape nak vacum kete, bole buat gak, sebab aku tengok ada yang pi vacum. Kena tambah bayarannya kot, kalu nak vacum. Aku tak buat la....sebab masih dalam keadaan terkejut dengan situasi di dalam mesin tu tadi. Aku cuma pikir nak blah dari situ je.

Bagi aku, memang menarik RM 2 car wash ni. Ada gak kat Jalan Genting Klang yang buat concept cenggini, cuma bayarannya RM 4. Dan dengar2nya ada gak kat tempat lain yang kenakan bayaran cuma RM 1. Ntah la....betul ke tidak. Tapi alangkah bestnya kalu ada car wash cenggini kat area umah aku kat Segambut dan bayarannya hanya RM 2.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK