My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Thursday, February 19, 2009

Orang Melayu dan Bahasa Melayu

Ya, saya orang Melayu. Dan Ya! Saya fasih berbahasa Melayu. Adakah saya fasih berbahasa Inggeris? Jawapan saya.....seperti yang biasa ditulis di dalam resume anak-anak Melayu macam saya SEDERHANA (moderate).

Saya bangga menjadi Melayu. Saya juga tidak malu berbahasa Melayu. Tetapi saya juga malu kerana tidak fasih bahasa Inggeris. Beginilah....saya akan ceritakan situasi yang perlu saya hadapi dalam konteks perkerjaan sekarang.

Di dalam beberapa meeting yang perlu saya hadiri terdapat beberapa orang yang lebih gemar berbahasa Inggeris. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka bukannya rakyat Malaysia. Saya juga tidak nafikan terdapat beberapa orang lain yang memang sengaja tidak mahu berbahasa Inggeris. Dan....dikalangan mereka juga terdapat beberapa orang yang terpaksa berbahasa Inggeris untuk menjelaskan beberapa butiran penting agar semua ahli mesyuarat faham.

Pada pandangan saya, di dalam situasi ini Bahasa Inggeris adalah lebih praktikal digunakan agar semua ahli mesyuarat faham dengan agenda dan isi mesyuarat. Yelah...takkan nak cakap Melayu....sah orang luar negara tu tak faham. So, apa moderate speaker macam saya buat? Saya memang faham dengan isi mesyuarat tetapi saya tidak mampu memberikan pandangan saya kerana malu.....takut ayat yang saya lafazkan itu mungkin tak berapa betul grammar dan pronounciation nya. So, saya pun diam. Kerana situasi inilah saya berasa malu sebab saya sederhana fasih berbahasa Inggeris. Walaupun.....saya ni ada banyak idea untuk diketengahkan di dalam mesyuarat tersebut.

Antara isu semasa sekarang ni adalah pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Jika suara saya boleh di dengar oleh pihak-pihak yang berkaitan tu....nak je saya laungkan SAYA SETUJU!!!!

Saya ni kan....budak kampung. Dulu, masa mula-mula masuk ke sebuah boarding school, saya terkena culture shock sebab rata-rata kakak yang datang dari KL dan JB suka cakap bahasa Inggeris. Bayangkan masa tu....perkataan "actually" pun saya tak faham apa kebenda maknanya. Depa pulak...sikit-sikit actually.....sikit-sikit actually. Waktu tu saya rasa tercabar dan malu! Kenapa aku tak pandai macam mereka?! Sejak tu....saya makin rajin dengar lagu Bahasa Inggeris untuk perbaiki pronounciation. Saya juga rajin tengok movie omputih dan cuba fahami apa yang mereka cakap melalui translation di TV.

Bersandarkan usaha yang dilakukan oleh saya dengan bantuan cikgu-cikgu ketika itu....maka lahirlah saya seorang yang sederhana fasih berbahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris ni penting. Tidak hilang Melayu di dunia dek kerana bahasa Inggeris. Tidak luput juga bahasa Melayu jika anak Melayu menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa alternatif.

Di UiTM, pelajaran adalah di dalam bahasa Inggeris. Dan yang bagusnya....situasi pembelajaran tersebut telah banyak membantu graduan UiTM bersaing di pasaran pekerjaan.

Jadi kesimpulannya, saya setuju budak-budak sekolah sekarang ni belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Memang payah.....dan biar berjerih.....asalkan Melayu makin maju. Bukan nak tinggalkan bahasa Melayu....bukan nak lupa asal usul....tetapi ini adalah untuk kemajuan bangsa Melayu juga. Janganlah emotional sangat bila bercakap tentang isu ni...fikir secara rational.

2 comments:

iza said...

Ingat x ari tu wkt kiter beli buku kat satu kedai buku kat ktn parade(masa zaman2 kite blaja ari tu). Ada sorang budak kecik dok kat atas buku kat situ, pastu mak dia marah dlm bahasa inggeris? pastu ape anak dia jwb.....? Ingat tak?

Jumir said...

Macam ingat situasi masa tu....tapi takleh nak recall apa jawapan budak tu. Apa budak tu jawab?

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK