Jika mampu saya istiharkan hari ini sebagai hari hampeh sedunia....ingin sahaja saya jadikan hari 18 Disember ini sebagai hari cuti am.
Saya mulakan aktiviti utama hari ini dengan mendapatkan rawatan di sebuah Poliklinik. Semalam saya dinasihatkan oleh seorang doktor untuk mengadakan ujian darah kerana dikhuatiri mengidap penyakit denggi. Saya demam sejak petang kelmarin dan semalam saya bekerja seperti biasa kerana saya sangka saya sudah sembuh. Malangnya saya berasa sakit-sakit di seluruh sendi badan dan saya telah pergi ke sebuah klinik berhampiran office dan doktor di situ memberitahu bahawa suhu badan saya = 38.1. Awalnya saya hanya ketawa kerana saya tidak rasa yang saya demam. Saya hanya sakit badan, kepala dan rasa mual. Beliau memberikan saya ubat dan MC bagi hari ini serta meminta saya membuat blood test di mana-mana klinik atau hospital pada hari ini sekiranya saya masih sakit.
Alkisah.... saya di poliklinik pada pagi tadi...
Nombor giliran adalah 121 dan saya mendapat rawatan di bilik nombor 5. Penolong Pegawai Perubatan - MA (lelaki muda) yang memeriksa saya pagi tadi. Beliau bertanya penyakit saya dan saya menjawab demam. Tanpa sempat saya bercerita tentang masalah saya....mulut saya disumbat dengan jangka suhu oleh seorang Jururawat (atas arahan MA tadi). Mak ai...cuba la dengar dulu kan.....nampak macam tak menghormati pesakit. Beliau kelihatan mengejar masa. Entah apa la yang dikejarnya sampai buat kerja macam sambil lewa.
"Suhu badan adalah 37.2.....tak demam", katanya.
"Ada sakit lain....selsema, batuk?" Soalnya. "
"Takde. Tapi saya sakit seluruh badan termasuk kepala dan tekak saya rasa loya. Saya demam kelmarin dan doktor yang saya jumpa semalam kata....." Saya cuba menceritakan keadaan saya sekali lagi. Malangnya ayat saya terus dipotong!
"Ada gastrik?" Soalnya lagi.
"Pernah ada tapi sekarang saya tidak rasa yang saya gastrik." Terang saya lagi.
"Semuanya kerana gastrik. Sakit badan tu sebab gastrik. Gastrik sebabkan bisa-bisa badan," cakap MA itu.
"So....sebenarnya saya ni takde masalahlah ye?" Tanya saya dengan nada menahan geram. Tak check kita betul2....alih-alih salahkan gastrik. Gastrik tu rasanya dah bertahun saya tak kena. Nak je saya jerit kat dia yang betapa sakitnya badan saya pada waktu tu dan betapa tak laratnya saya drive ke poliklinik tu pagi ini hanya kerana nak buat blood test.
Saya berasa geram padanya. Dia sibuk dok cerita tentang gastrik tu dan saya angkat kaki tanpa sempat dia habiskan cerita. Bila dia dan jururawat tu tanya nak time slip tak...saya jawab tak payah. Saya dah ada MC untuk hari ini.
Kat farmasi...saya diberikan ubat gastrik, paracetamol dan ubat sapu untuk sakit badan. Actually, saya bersyukur jika saya sebenarnya tidak sakit tetapi saya berasa geram dengan layanan MA itu tadi.
Kemudian saya pulang ke rumah makan ubat klinik semalam dan cuba berehat sambil menahan sakit. Sambil-sambil itu, saya minum air putih dan 100 plus banyak-banyak. Di dalam kesakitan itu juga, saya memasak sup ketam segera (maggi). Sahabat saya, Siti Hajar cakap sup ketam berkesan mengurangkan sakit-sakit sendi.
Trajedi hampeh di hari 18 Disember tidak berakhir di situ. 18 Disember 2008.....result peperiksaan semester lepas boleh disemak di student portal. So, lebih kurang jam 4 petang....saya cuba menyemak exam result saya. Oleh kerana ramai sangat yang access ke student portal...saya gagal menyemaknya. Pada waktu itu, ramai kawan-kawan sms yang mereka berasa kecewa dengan result pada semester ini.
Akhirnya lebih kurang jam 5.30 petang, saya berjaya melihat exam result saya. Aduh mak...teruknya result. CGPA saya juga jatuh. Rasa frust giler. Sakit badan tak hilang lagi...datang pulak sakit dihati. Macam tak percaya dengan result yang dipaparkan di skrin. Walaupun saya lulus semua subject tetapi clear paper sahaja tidak cukup. I should pass with flying colours!
Tetapi....saya berasa insaf. Jauh disudut hati, saya redha dengan ketentuanNya. Sekadar meminjam kata-kata classmate saya, Siti Mursyidah...."Kita dah usaha, yang selebihnya adalah kerja Allah. Setiap satu yang berlaku, bukan satu hikmah tetapi ribuan hikmah disebaliknya."
Ya....hari ini memang hampeh tetapi pasti ada hikmah disebaliknya.
Untuk rekod, saya masih hidup hingga ke saat ini walaupun menahan sakit di serata bahagian badan. Saya berserah kepada tuhan dan saya terima ujian dariNya untuk saya.
No comments:
Post a Comment