My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Monday, November 24, 2008

Isu sensitif

Saya mengikuti sebuah bengkel yang diadakan di PD selama 3 hari 2 malam. Saya ditempatkan di sebuah apartment bersama-sama seorang non-Muslim. Tinggal bersama non-Muslim bukanlah satu masalah bagi diri saya. Saya selesa tinggal bersama bersama-sama sesiapa sekalipun, asalkan dia segender dengan saya.
Kita diselubungi pelbagai isu politik, bangsa dan agama yang panas sejak akhir-akhir ini. Dan saat yang paling tak ingin saya hadapi adalah ketika bersama-sama dengannya menonton Buletin Utama. Berbagai isu termasuk Ba Alif Ba Ya yang dipaparkan. Saya berdoa di dalam hati agar dia tidak menunjukkan sebarang reaksi kurang senang kerana pastinya saya juga akan kurang senang dengan reaksi tersebut. Bila tiba ke segmen berita tentang Ba Alif Ba Ya.....saya mengalihkan pandangannya dengan berbicara tentang perkara lain. Nasib baik....dia juga tampak mengelak dengan membicarakan tentang perkara lain.
Tetapi apabila keluar isu Yoga, dia bertanya,"Kenapa You all tak boleh beryoga?" Emm...saya pun mencari ayat yang sesuai untuk dijelaskan kepada seorang yang tidak memahami Islam. Saya terangkan bahawa kita (yang beragama Islam) dilarang mengamalkan amalan Yoga yang keterlaluan seperti Mantera dan aktiviti lain yang seakan amalan agama Hindu. Namun amalan senaman Yoga yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan. Dia menunjukkan reaksi kurang senang dan berkata" I tak pernah jumpa pun amalan Mantera itu". Untuk mengelakkan suasana panas, saya jelaskan bahawa hanya orang Islam yang dilarang, Non-Muslim tak perlu risau kerana ia tak membawa apa-apa effect kepada mereka. Saya sendiri pernah mengamalkan senaman Yoga. Memang tiada amalan Mantera dan sebagainya namun sebagai seorang Muslim, saya menerima pandangan Majlis Fatwa. Kalau amalkan senaman tiada masalah (walaupun tidak digalakkan) tetapi janganlah pula sesetengah daripada kita seolah-olah memperlekehkan fatwa yang dikeluarkan.
Macam gelagat seorang artis yang membuat satu kenyataan di dalam akhbar pada hari ini. Janganlah nampak sangat kelaku kita ini. Dia kata takkanlah dia jahil sangat sampai nak buat sesuatu tindakan yang boleh sebabkan dia terkeluar daripada Islam. Betul....saya setuju tetapi kalau kamu tu tak jahil...kamu patut perhatikan diri kamu tu. Isu Yoga tu boleh close case. Tetapi macam mana dengan isu diri kamu yang berpakaian seksi? Tak jahil ke tu?
Kepada SIS pula.....memang la takde aduan orang Islam masuk Hindu. Tetapi tanpa sedar sesetengah orang boleh terkeluar daripada Islam tanpa dia sedari. Berhati-hatilah bila berkata-kata tu....kalau kurang arif bab agama...jangan cakap. Baik rujuk kepada ustaz ke ustazah (yang bertauliah) sebelum keluarkan sebarang kenyataan.
Bila bercakap isu-isu sensitif ni kena hati-hati. Syyyshh.....jangan cakap....sensitif!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK